Demokrasi Berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan . Hal ini brmaksud , rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara , manakala raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat .Demokrasi Berparlimen dibentuk dari hasil daripada proses pilihan raya . Dalam proses pilihan raya , rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili rakyat di Parlimen . Malaysia telah mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan .
CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN
a) Corak Negara Demokrasi:
Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
Umumnya terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu sistem Raja
Berperlembagaan dan Republik.
Sistem Raja Berperlembagaan ialah sistem peemrintahan yang mengekalkan raja
sebagai pemerintah tertinggi Negara dan negeri.
Raja dibantu oleh Perdana Menteri.
Raja juga adalah ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.
Sistem Republik ialah sistem yang menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh
presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
Di Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina, presiden memegang dua jawatan iaitu
sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.
Malaysia pula mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan tahun 1957.
b) Takrif Demokrasi Berparlimen di Malaysia:
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri daalm
pemerintahan negara.
Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Rakyat juga berpeluang membentuk kerajaan. Rakyar bebas memilih
perwakila melalui pilihan raya.
Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia
ada melalui pilihan raya.
Sistem ini mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
C) Ciri-ciri demokrasi berparlimen di Malaysia
Perlembagaan.
Raja berperlembagaan.
Kuasa Pemerintahan iaitu Badan Perundangan, Badan Perundangan, Badan
Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Pilihan raya
Parti- Parti Politik
FAEDAH DARIPADA MENGAMALAN SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA
* Kestabilan dan kemantapan politik di bawah sistem Demokrasi Berparlimen
* Kerajaan telah berjaya melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
* Kerajaan menggalakan pertumbuhan aktiviti ekonomi .
* Kerajaan juga menggalakan penglibatan sektor swasta .
* Kerajaan menitikberatkan pelajaran dan pendidikan.
ULASAN:
Malaysia sebuah negara yang berdaulat, mempunyai keluruhan Perlembagaannya yang tersendiri. Pelembagaan Persekutuan yang dijunjung oleh rakyat warganegara Malaysia merupakan faktor keharmonian dan keselamatan yang dikecapi hingga kini .Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa kuasa dijalankan oleh 3 badan perundangan, eksekutif dan kehakiman . Perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlaksanaannya adalah pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diwakili oleh ketiga-tiga badan tersebut dan keseluruh jentera pentadbiran kerajaan hingga ke kampung telah menjalinkan satu jalinan kompleks sehingga mampu mewujudkan dan mempertahankan sebuah negara yang demokratik. Ini berlaku kerana pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan mengikut syarat-syarat yang diizinkan juga menunjukkan tidak berlaku monopoli kuasa. Akhir sekali, adalah tidak lengkap sekiranya aspek Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen jika pilihanraya tidak dibincangkan. Pilihanraya dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat yang akan mengisi kekosongan di Dewan Rakyat yang akhirnya menjalankan kehendak-kehendak rakyat melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih.
PILIHAN RAYA
Maksud Pilihan Raya
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah pada peringkat negeri
atau persekutuan.
Pemilihan dibuat secara sulit mengikut prosedur yang telus dan teratur.
Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
Proses pengiraan undi dijalankan secara telus dengan pemantauan oleh ejen parti politik
yang bertanding.
Calon yang mendapat undi yang terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Pilihan raya dijalankan oleh SPR.
Keanggotaannya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis
Raja-Raja Melayu.
Penubuhan SPR menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti
pemerintah atau pembangkang.
Tiga fungsi utama SPR.
Menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihanraya.
Menjalankan pendaftaran pemilih.
Mengendalikan pilihanraya umum atau pilihan raya kecil.
SPR turut menubuhkan urusetia yang diketuai oleh setiausaha yabg berperanan sebagai
Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urusetia.
Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.
Urusetia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.
Ia bertujuan memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif dan adil.
Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil
Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat (DR) dan Ahli Dewan
Undangan Negeri (DUN) secara serentak di Semenanjung Malaysia.
Di Sarawak dan Sabah, waktu pilihan raya umum bagi DR dan DUN diasingkan.
Pilihan raya kecil daiadakan apabila berlaku kekosongan kerusi Parlimen atau DUN.
Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan oleh kematian, perletakan jawatan dan
perlucutan jawatan.
Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan
90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
Calon
Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti.
Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.
Syarat calon pilihan raya ialah warganegara Malaysia, umur 21tahun, bermastautin di
Malaysia, sempurna akal, bukan muflis, tidak memegang jawatan perkhidmatan awam
dan tidak disabit kesalahan oleh mahkamah.
Seseorang warganegara hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau DUN jika dihukum
penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM 2000 dan
belum mendapat keampunan.
Calon boleh bertanding atas nama parti atau individu (calon bebas)
Calon juga perlu mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
Sebelum pengundian dijalankan, calon daripada parti yang bertanding dibenarkan
berkempen.
Tempoh kempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja.
Pengundi
Pengundi yang layak boleh mengundi setelah namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar
Pemilih.
Seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin,
tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya DR dan DUN boleh mengundi dalam pilihan
raya.
Pengundi hanya boleh mengundi di sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar luar negara dan
pegawai kerajaan bertugas di luar Negara mengundi melalui pos dengan syarat nama
mereka berdaftar.
Kepentingan Pilihan Raya
Pilihan raya penting dalam sistem pemerintahan demokrasi.
Setiap warganegara perlu bertanggungjawab dan mengambil tahu perkembangan politik
semasa.
Mereka harus melibatkan diri dalam proses pemilihan pemimpin negara.
Mereka sendiri yang menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan melalui
pilihan raya.
Rumusan Langkah-langkah Proses Pilihan Raya Di Malaysia
Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR.
Penamaan calon
Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.
Pelancaran kempen pilihan raya
Pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR.
Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon kepada pengundi di
tempat pengundian.
Pembuangan undi. Pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan
memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.
Pengiraan undi
Pengumuman keputusan pilihanraya oleh Pegawai Pilihan raya.
http://www.andrewchoo.edu.my/wp-content/uploads/2013/04/T5B7-Nota1.pdf

No comments:
Post a Comment