
Blog ini dihasilkan adalah bertujuan untuk meneliti tentang sejarah-sejarah yang berada di Malaysia. Perbincangan seterusnya meliputi sorotan mengenai sejarah Malaysia dari Kesultanan Melayu Melaka iaitu Parameswara, penjajahan kuasa asing sehingga Malaysia mendapat kemerdekaan pada 31 OGOS 1957. Pelbagai cabaran dan tentangan yang hebat yang berlaku di Tanah Melayu semasa penjajahan kuasa asing(PORTUGIS,BELANDA,BRITISH,JEPUN). Perjuangan tokoh-tokoh terdahulu sangat kami hargai dan sentiasa di sanjungi oleh semua golongan masyarakat di Malaysia malah di seluruh dunia. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah Perdana Menteri yang Pertama di Malaysia. Beliau telah mendapatkan kemerdekaan kepada Malaysia pada tarikh keramat iaitu pada 31 OGOS 1957 dan beliau digelar BAPA KEMERDEKAAN. Kami rasa kagum dengan keberanian dan semangat patriotik tokoh-tokoh yang pernah mempertahankan Tanah Melayu dari kuasa asing, malah pada masa kini rakyat Malaysia masih bersatu padu untuk mempertahankan Malaysia dari dijajah lagi oleh kuasa asing. Semangat patriotik harus dipupuk dari zaman kanak-kanak supaya mereka menghargai hasil perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Di antara objektifnya, Tanah Melayu kaya dengan hasil bijih timah, rempah ratus dan sebagainya. Tambahan pula, Melaka adalah sebuah pusat perdagangan terpesat di dunia pada abad 15. Banyak lagi tentang sejarah Melaka yang boleh kita pelajari bahkan negeri-negeri di Malaysia ini kaya dengan sejarah tersendiri.
Terdapat 8 tajuk yang akan dibincangkan dalam penulisan ini, di antaranya ialah Sejarah awal negara, Perjuangan dan Pembentukkan Malaysia, Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara, Perlembagaan Malaysia, Kemasyarakatan dan Perpaduan, Pembangunan Negara, Isu-isu Keprihatinan Negara dan Pemikiran dan Kepercayaan.
Walau bagaimanapun telah dijelaskan sumber-sumber artikal yang digunakan. Di samping itu, terdapat juga video yang boleh di tontonkan di blog ini. Akhir sekali, kami berharap agar para pembaca blog ini dapat sedikit sebanyak ilmu tentang sejarah Malaysia. Salam Ukhuwah Fillah :')
KAMI BANGGA JADI ANAK MALAYSIA!!!
DIHASILKAN OLEH: NADIA FAZILAH BINTI , ALIA YASMIN BINTI MOHD ZANI, NUR HAWA BINTI, NURUL AIN BINTI AHMADI, NUR ATIRAH BINTI, AIDA NURHANA BINTI JOHAR, NUR HASYIMAH BINTI ABDUL MOIN.
No comments:
Post a Comment